mujahidah fisabilillah

mujahidah fisabilillah

Saturday, January 8, 2011

Kisah Benar Peristiwa Memali (Ust Ibrahim Libya)

Kisah Benar Tragedi Memali ( Ustaz Ibrahim Libya )


Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.
Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur." Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.
Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, "abang ditembak."

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada'. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati". Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.

Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini (9/1/2011), genap 25 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua'lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada' Memali

Ke Makam Bonda - UNIC

Unic - Lafaz Yang Tersimpan

Sebuah Pertemuan

ZINNIRAH

Hafiz Hamidun - Andaiku DisisiMu




Hayati lagu ini, bait demi bait perkataan... carilah maknanya...

Saturday, January 1, 2011

Ayuh Bersatu!!!-Eratkan Ukhwah,Perkasakan Dakwah

Assalamualaikum wbt,


Allah swt telah menegaskan bahwa orang-orang yang beriman adalah bersaudara dan persaudaraan itu di asaskan di atas dasar iman sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur'an :

"Orang-orang yang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka oleh itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat". (QS Al Hujuraat : 10)

Di dalam kehidupan bersaudara ini, Rasulullah saw memperdalamkan lagi penjelasan agar seorang mukmin dengan orang mukmin yang lain boleh bekerjasama dan saling memberi dan mengisi.

Bahkan beliau mengibaratkan kesatuan orang-orang mukmin secara idealnya menyerupai satu tubuh, sebagaimana sabda beliau;

"Perumpamaan kaum mukminin dalam berkasih-sayang dan saling mencintai, bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh merasa demam dan tidak boleh tidur."

Namun jika kita memperhatikan realiti umat Islam hari ini, idealisma yang digambarkan oleh Al-Qur'an dan Hadist tersebut ternyata jauh panggang dari api bahkan mungkin sukar untuk direalisasikan.

Bahkan yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu di antara umat Islam, timbul berbagai perselisihan dan perpecahan.

Tentulah perkara ini menjadi sebuah fenomena yang cukup memperihatinkan kerana di satu sisi, umat Islam ketika ini perlu berhadapan dengan berbagai masalah kehidupan, namun di sisi lain, mereka berpecah-belah dan bercera-berai.

Akibat secara langsungnya tentulah menjadikan umat Islam tidak efektif dalam usahanya untuk mengatasi berbagai masalah kehidupan ini dan semakin tidak berdayanya usaha untuk memajukan umat ini.

Mengingatkan perintah Allah agar kita bersaudara sesama kita di samping sentiasa memperbaiki tahap persaudaraan itu, maka selayaknya setiap mukmin memperhatikan persoalannya dalam isu persaudaraan ini.

Mengapa umat Islam kini berpecah belah, lalu apakah langkah-langkah untuk menghadapi situasi yang cukup kritikal ini.

Al-Qur'an ketika menyebutkan bahwa kaum mukminin bersaudara dan memerintahkan untuk memperbaikinya telah pula memberikan resipi untuk usaha ke arah itu.

Dalam surah Al Hujuraat, Allah swt memaparkan 7 cara bagi kita untuk mengelakkan virus-virus penyakit dari menggigit ukhuwah yang boleh menghancurkan saf ukhuwah yang telah dibina.

1. "Tabayyun"

"Tabayyun" bererti mencari kejelasan informasi dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima.

Allah swt berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS Al-Hujuraat : 6)

"Tabayyun" memiliki nilai tersendiri untuk menghindarkan dari segala tindakan di atas dasar prasangka. Prasangka boleh jadi benar dan boleh pula salah.

Jika ketepatan sebuah prasangka itu salah, sementara seseorang sudah bertindak, maka tindakan itu tidak mampu untuk dihapuskan selama-lamanya.

Untuk itulah, jika ada berita dari seseorang yang fasik, yang keperibadiannya meragukan, maka perlu diperiksa dan dinilai berulang kali agar kelak tidak menyesal dengan keputusan yang diambil.

2. Tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain.

Firman Allah swt :

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan) ." (QS Al Hujuraat :11)

Ketika ini terdapat banyak kelompok atau organisasi dakwah. Perlu kita sedari bahwa di antara kelompok-kelompok dakwah tersebut terdapat perbezaan samada yang prinsip mahupun yang bukan prinsip. Perbezaan dalam menentukan sasaran tertinggi termasuk dalam masalah prinsip.

Keadaan ini akan menarik kepada suasana persaingan yang kadang-kadang bentuknya tidak sihat. Persaingan ini akan semakin tidak sihat dengan timbulnya elemen-elemen yang mudah untuk melontarkan ungkapan-ungkapan yang bernada cemohan dan cercaan antara mereka.

Dr Yusuf Al Qardhawi menyebutkan dalam salah satu tulisannya bahwa berhimpunnya kelompok-kelompok dakwah dan harakah yang ada di bumi sekarang ini adalah suatu mimpi indah. Maka kesatuan "wala'" (kesetiaan) dan tumbuhnya suasana bekerjasama dalam menghadapi konspirasi para thaghut adalah sesuatu yang tidak boleh ditawar-tawar lagi.

Secara realitinya, walaupun keadaan ini belum benar-benar dapat diwujudkan disebabkan ada beberapa perkara yang belum boleh kita lakukan, namun tidak mampukah kita sekadar meninggalkan tradisi memperolokkan- olokkan sesama kita dan perasaan "aku lebih baik daripadanya" seperti yang dinyatakan oleh iblis???

3. Tidak mencela orang lain.

Ini ditegaskan oleh Allah swt dengan firman-Nya:

"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri".

Di dalam ayat ini, mencela sesama muslim dianggap sebagai mencela diri sendiri kerana pada hakikatnya kaum muslimin dianggap sebagai satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu adalah berkait dengan masalah status dan ukuran kebendaan.

Allah swt sendiri menyuruh Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin.

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru tuhannya di waktu pagi dan petang hari dengan mengharap keridhaanNya. " (QS Al-Kahfi : 28)

4. Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim.

Ini berdasarkan firman Allah swt :

"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS Al-Hujuraat : 11)

Sebutan yang tidak baik akan menyebabkan orang yang disebut itu terhiris hatinya. Jika hati sudah terhiris, maka persaudaraan pasti akan retak. Oleh kerana itulah penyebutan nama atau pelabelan seseorang dengan nama yang tidak baik akan merosakkan persaudaraan.

Gelaran dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Dalam kenyataan dewasa ini, masih sahaja wujud orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menuduh kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok mereka.

Sama juga dalam pengertian ini adalah pemberian gelaran-gelaran yang buruk kepada sesama kaum muslimin seperti penamaan gelaran Wahabi, Khawarij, teroris, fundamentalis dan berbagai sebutan yang bernada negatif adalah termasuk ke dalam makna ayat ini.

5. Menjauhi PrasangkaAllah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sebahagian prasangka itu dosa." (QS Al-Hujuraat :12)

Pada dasarnya seorang muslim mesti berbaik sangka terhadap sesama muslim yang lain.

Dalam setiap permasalahan dengan sesama muslim, hendaklah menghadapinya dengan sangkaan yang positif dan ketika adanya bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut barulah seseorang itu boleh mengambil sikap.

Namun sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin mesti menaruh rasa curiga apabila mereka bermanis muka dan berbudi.Allah swt sendiri menegaskan :

"Sesungguhnya orang-orang kafir menginfakkan harta-harta mereka untuk menghalangi manusia dari jalan Allah." (QS Al-Anfal : 36)

Buruk sangka adalah salah satu cara syaitan mencerai-beraikan Bani Adam.

Dalam sebuah hadits dari Ummul Mukminin Shafiyah binti Huyai, dia bercerita :

"Rasulullah saw pernah i'tikaf di masjid, lalu aku datang menjenguk beliau pada suatu malam untuk berbincang-bincang dengan beliau. (Setelah selesai) aku pun bangkit untuk kembali dan beliau pun bangkit bersamaku untuk menemani. Ketika itu lewatlah dua orang laki-laki Anshor ra. Tatkala mereka melihat Rasulullah saw, mereka pun mempercepatkan langkahnya. Rasulullah saw pun berseru : "Perlahanlah! Wanita ini adalah Shafiyah!" Dua orang itu pun berkata : "Subhanallah, ya Rasulullah!" Maka Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya syaitan menjalar pada diri Adam pada aliran darah dan sungguh aku khuatir syaitan akan melemparkan kejahatan pada hati kamu berdua (ketika melihat aku) lalu terucaplah sesuatu." (HR Bukhari)

6. Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain.

Perbuatan ini amat dicela oleh Islam. Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri.

Firman Allah swt :

" Dan janganlah kamu sekelian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS Al-Hujurat : 12)

Demikianlah di dalam Islam, Allah mengajarkan agar umat islam tidak suka mengintai-ngintai saudaranya.

Tersebut sebuah kisah di kalangan sahabat di mana seseorang menemui Abdullah bin Masud dan berkata, "Itu Walid bin Uqbah dan dari janggutnya menitis khamar." Ibnu Masud berkata, "Kita dilarang ber'tajassus' . Jika memang nampak jelas suatu kemaksiatan, barulah kita mengambil sikap."

Adalah jelas di kalangan para sahabat, bagi tujuan kepentingan masyarakat Islam, mereka sanggup meninggalkan perbuatan mengintai-ngintai.

Namun yang berlaku dewasa ini, ramai orang yang mengaku Islam dengan berlindung di sebalik penelitian ilmiah lalu mengamati dan menilai orang atau kelompok lain dan akhir kesudahannya adalah semata-mata bertujuan merendah-rendahkan dan mengurangkan keyakinan masyarakat kepada orang atau kelompok tersebut.

Semua tindakan tersebut adalah dilarang dan hanya akan merosakkan ukhuwah atau persaudaraan.

7. Menjauhi "ghibah" atau mengumpat.

Allah swt menegaskan :

"Dan janganlah kamu sekelian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?…"

Definasi "ghibah", sebagaimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah swt adalah :

"Ghibah itu kamu menyebut saudaramu tentang apa-apa yang dia tidak suka. Mereka bertanya, Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika yang ada pada saudaraku itu seperti yang aku katakan?, Rasulullah menjawab, Jika padanya seperti yang kamu sebutkan, itulah yang dinamakan "ghibah". Dan jika tidak ada padanya maka bererti kamu telah menuduhnya." (HR Muslim)

Dari riwayat hadits di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahwa ketika seseorang menceritakan keburukan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang berlaku :

Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar berlaku maka itulah "ghibah".

Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak berlaku bererti ia telah memfitnah orang lain.

Begitu besarnya dosa mengumpat, sehingga Allah swt menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Meskipun Al-Qur'an sudah menjelaskan betapa besarnya dosa mengumpat, namun kita lihat banyak program televisyen yang berasaskan "gossip" atau mengumpat di samping majalah-majalah picisan kini amat diminati oleh masyarakat.

Jika sekadar menggambarkan peribadi seseorang sahaja itupun sudah mendapat teguran keras daripada Rasulullah saw, lalu bagaimana dengan menyebutkan sesuatu yang lebih buruk dari itu?

Alangkah hinanya gambaran mereka-mereka yang terlibat dengan aktiviti "ghibah"atau mengumpat ini.

Ya Allah, berilah kekuatan iman kepada kami untuk kami memperkukuhkan ukhuwah di kalangan umat Islam dan menjadikan usaha pengislahan sesama kami sebagai jalan penyelesaian kepada keutuhan ukhuwah. Mudahkanlah kami dalam mencerna dan melaksanakan tujuh cara yang Engkau telah tetapkan dalam Al-Qur'an bagi mengelakkan ukhuwah dari dirobek-robekkan serta menjadikan ukhuwah teras kegemilangan umat Islam.

Ameen Ya Rabbal Alameen

http://muslimeenarts.blogspot.com/

SAYANGILAH DIA...DAN SABARLAH!

Kelihatan semakin ramai kelibat manusia memenuhi ruangan menunggu hospital.Pandanganku tertumpu pada seorang anak kecil yang sedia dipangku ibunya.

Umurnya mungkin dalam linkungan 6 tahun. Comel sungguh anak ini. Detikku dalam hati.

Tapi, kenapa dia berada di sini?

Terdapat dua kemungkinan, pertama, ibunya yang perlukan pemeriksaan doktor atau kedua, anak kecil ini yang perlu dirawat.

Entah kenapa hatiku meronta-ronta untuk mencari jawapan. Segera kakiku menuju ke arah wanita dan anaknya itu. Setelah lama berbual dengan wanita yang agak peramah itu, barulah kuketahui bahawa, anak kecilnya yang comel itu mengalami kecacatan, patutlah kulihat kakinya lurus sahaja sejak tadi dan tujuannya datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan terapi bagi kaki anaknya itu.

Aku terhibur dengan keletah anak kecil itu, walaupun dirinya sebegitu, keceriaan tetap bermain di wajahnya.

Menurut wanita itu, anak kecilnya itu sewaktu dalam kandungan mempunyai saudara kembar tetapi telah meninggal dan wanita itu juga turut menceritakan perihal anaknya yang berumur 9 tahun.

Anaknya itu turut mengalami kecacatan pada tahap IQnya kerana sewaktu kecil otaknya dijangkiti kuman. Melalui cerita wanita itu, cukup membuat aku mengelamun seketika.

Betapa hebatnya wanita ini. Dia berusaha mencurahkan kasih- sayangnya pada anak-anak yang pada hakikatnya tidak mungkin dapat menjaganya kelak kerana kecacatan.

Malahan, wanita inilah yang akan menjaga anak-anaknya sampailah ka akhir hayat mereka kerana tidak mungkin mereka dapat menguruskan diri sendiri.

Namun, apa yang dikatakan oleh wanita itu cuma kesyukuran kepada Ilahi kerana menganugerahkannya anak-anak yang menjadi peneman hidupnya.

Otakku ligat memikirkan kerenah adik bongsuku, Hakim. Semakin difikirkan semakin geram jadinya.

Kasihan ummiku yang sabar melayan kerenahnya. Kalau aku di tempat ummi, sudah lama Hakim aku kerjakan. Sudahlah manja, mata duitan pula. Asyik-asyik minta duit dari ummi.

Bukannya sedikit tapi mengalahkan pelajar asrama macam aku. Umur pula baru setahun jagung. 2 tahun lagi nak ambil UPSR.

Namun sesuatu menyedarkan aku dari terus membenci kerenah adikku itu. Sememangnya ini satu ujian buat keluarga kami. Ummi selalu berpesan, tak semestinya adik buat perangai masa kecil, besar nanti lagi menyusahkan, dan bukan juga semestinya anak yang mendengar kata sewaktu kecil, akan begitu juga sewaktu besar.

Ummi menyuruh kami bersabar dan selalu juga mengatakan Hakim anak yang bertuah, semoga besarnya nanti memberi tuah pada kami sekeluarga.

Lagipun, adikku itu cukup sifat dan tidak cacat berbanding dengan anak wanita tadi.

Begitulah ummi megucapkan syukurnya kepada Allah kerana dianugerahkan kami anak-anak yang sempurna.

Ya, kata-kata ummi ada benarnya. Daripada penelitianku, anak-anak zaman sekarang pelbagai ragam.

Ada yang semasa kecil sangat patuh pada ibu bapanya, tetapi sudah besar lain pula sampai sanggup tinggalkan keluarga sendiri.

Ummi juga ada menceritakan kisah saudara kami, yang mana anaknya sewaktu kecil, sangat suka mengamuk dan marah-marah, tetapi ibunya tidak pernah mengherdik anaknya malahan bercakap lemah-lembut lagi.

Hasil berkat kesabaran ibunya itu, anaknya apabila sudah besar, ada keluarga yang bahagia, malah tinggal bersama ibunya menjaga makan minumnya.

Aku percaya, adikku akan berubah suatu ketika nanti. Yang penting, kita perlu sabar dan ikhlas menerima ujian ini. Kutahu adikku bukan anak yang biasa, adikku ini agak pandai cuma malas sahaja.

Aku bangga apabila adik pandai menjadi imam sewaktu disekolahnya dan bacaan Qurannya ,tak kurang juga fasih dan lancar.

Cuma pengaruh media sekarang ini banyak mensogokkan kartun-kartun yang tidak membawa faedah. Semuanya bermula dari pengaruh media.

Di mana adik mula kenal Power Rangers, Ultraman, Yu gi-Oh, dan pelbagai lagi.

Sejak itu, adik meminta-minta dibelikan permainan.

Sedih, beginilah bangsa kita rosak, umat Islam hilang jati diri kerana dari peringkat kecil sepatutnya anak-anak ditarbiyah mengenal pahlawan-pahlawan Islam, tetapi mereka nampaknya lebih mengenali pahlawan-pahlawan khayalan yang tidak pernah wujud.

Kartun-kartun inilah yang menyebabkan adik jadi malas nak solat, malas nak baca Quran. Inilah Ghozwul fikri di peringkat kanak-kanak…....

*Ghozwul fikri = pengaruh pemikiran

AKU ANAK PEJUANG

Surah Muhammad : 7 Maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. "
Aku dilahirkan dalam keluarga yang menekankan agama. Ayah ku seorang doktor dan ibuku seorang suri rumah. Mereka juga merupakan aktivis masyarakat dan penggerak sebuah parti Islam yang telah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Sejak kecil saya dan adik beradik yang lain dididik untuk berdikari dan sentiasa dibawa untuk bersama-sama mengikuti program-program jemaah. Bagi kami istilah seperti usrah, tamrin, tarbiyyah sudah tidak asing lagi. Jika kami tidak ikut serta dalam program, kami sering ditinggalkan di rumah bersama kakak yang sulung yang umurnya pun bukan ketika itu 12 tahun.

Kadang-kadang keadaan tersebut menyebabkan aku sering terasa diabaikan kerana kesibukan ayah dan ibu. Ketika aku meningkat remaja, aku terpilih untuk ke sekolah berasrama penuh. Pada hari pendaftaran aku tidak ditemani oleh ibu bapaku seperti mana sahabat-sahabat lain. Ayah, ibu dan adik-adik berada di luar negara selama setahun kerana tugasan ayah. Aku cuba untuk hidup berdikari. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, namun kelibat ibu bapaku masih tidak muncul untuk datang melawatku.
Setiap kali hari kunjungan keluarga, aku akan menunggu di tepi kantin dengan harapan ibu bapaku akan datang walaupun aku tahu itu tidak mungkin terjadi kerana mereka berada nun jauh di seberang lautan. Memang benar pepatah mengatakan `penantian satu penyeksaan’. Sekian lama mengharap,pada suatu petang aku mendengar namaku dipanggil di corong pembesar suara. Pada waktu itu hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hatiku.
Dari jauh aku nampak kelibat ibu bapaku, tanpa di sedari air mata kesyukuran jatuh bercucuran. Penantian setahun kini berakhir. Pada tahun berikutnya aku menghadapi peperiksaan yang besar iaitu SPM. Seperti sahabat-sahabat lain aku mengharapkan keluarga ku datang untuk memberi semangat kepadaku untuk belajar. Namun setiap kali aku menelefon ibu bapaku pasti mereka akan jawab,"ibu ada program hujung minggu ni","minggu ni ibu ada usrah","ayah kena rasmikan majlis ni minggu ni" dan jawapan-jawapan sepertinya yang lain.
Jarang sekali mereka berkelapangan untuk datang melawatku di sekolah. Sahabat-sahabat ku selalu bertanya kepada aku," anti ni orang Selangor je tapi jarang ana nampak keluarga anti datang". Aku hanya mendiamkan diri, diam seribu bahasa. Aku tahu jika aku terangkan kepada mereka pun, mereka tidak akan faham. Kadang-kadang pernah terdetik di hati ku, adakah adil semua ini untuk aku. Namun cepat-cepat aku padamkan perasaan itu.
Ibu selalu berkata, "kerja-kerja jemaah inilah yang memberi keberkatan dalam hidup kita". Kenyataan itu tidak dapat aku nafikan. Aku dan adik beradik yang lain lebih mudah memahami sesuatu pelajaran berbanding orang lain. Banyak kejadian dalam hidup keluarga kami membuktikan pertolongan Allah sangat jelas datang membantu. Contohnya ketika keputusan SPM diumumkan. Aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Aku yakin bahawa kejayaan ini hasil keberkatan daripada kerja-kerja jemaah yang dilaksanakan oleh ibu bapaku.
Kini aku pula terlibat dengan kerja-kerja jemaah. Aku mula memahami betapa pentingya perjuangan ini , perjuangan yang tidak menjanjikan ganjaran wang ringgit bahkan kekadang mengundang kebencian manusia. Namun hanya keredhaan Allah didambakan agar agama Allah dapat didaulatkan di atas muka bumi ini. Kerja yang memerlukan banyak pengorbanan ini tidak semua orang sanggup memikulnya. Ada yang gugur di tengah jalan kerana tidak mampu menghadapi cabaran-cabaran dalam berdakwah.
Aku mula menyedari dan memahami penglibatan ibu bapaku selama ini. Kepada semua anak-anak pejuang, janganlah kalian sedih dan rasa terabai kerana janji Allah itu pasti seperti di dalam surah Muhammad ayat ke-7 yang nyatakan di atas tadi. Kepada para pejuang, jangan sesekali ragu-ragu dan merasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan anak-anak kerana sibuk dengan perjuangan, kami anak-anakmu memahami dan kami bersedia menjadi penerus perjuangan ini. Yakinlah bahawa Allah tidak akan sia-siakan segala pengorbananmu.....TAKBIR!!!

*edit from iluvislam

SETELAH KU BERPALING DARI JALANMU

         Sunyi… Kosong...
Itulah dua perkataan yang dapat kuungkapkan, yang menggambarkan keadaan diriku pada malam ini. Walaupun lambakan tugasan kuliah menanti untuk disiapkan, namun hati ini tidak menginginkannya, seperti ada perkara lain yang menanti.

Hatiku sangat sunyi, sayu, kosong dan rindu, rindu pada perjuangan dakwah yang selama ini dilalui dengan penuh semangat dan ketabahan, rindu pada sahabat-sahabat yang selama ini memberi dorongan pada diriku tanpa kusedari.

Rindu pada kesibukan dakwah sehingga tiada masa lapang yang tinggal, rindu pada pesanan-pesanan dan nasihat untuk diri ini yang sentiasa dan amat lemah, rindu untuk meneruskan perjuangan Allah dan Rasul-Nya

~~~ @>---- ~~~


"Assalammualaikum wbt enti. Maaf, ana rasa ana dah tak mampu lagi nak teruskan perjuangan dalam kerja dakwah. Ana betul-betul sudah tidak larat enti. Ana sudah tidak mampu untuk berkorban masa dan tenaga ana untuk dakwah.Ana nak mufaraqah, ana harap enti tak akan telefon ana buat sementara waktu ni. Ana belum bersedia untuk berhadapan dengan enti. Wassalam”
Pantas sahaja tanganku menaip sms khas buat murabiyyahku.
Ya Allah, betulkah tindakanku ini?Tetapi, aku tidak sanggup lagi Ya Allah. Aku tidak kuat untuk menghadapi semua dugaan-Mu dan penuh tekad aku mufaraqah dari jalan dakwahyang menjadi sunnah perjuangan Rasulullah SAW.
Hatiku menjadi semakin tenang dan lega kerana segala bebanan yang selama ini bersarang di hati, telah kuluahkan. Aku telah berterus-terang dan aku merasakan bahawa inilah hak yang patut aku dapat. Aku mula merancang perjalanan hidupku di dunia yang baru kelak, pasti banyak dapat aku lakukan kerana tiada sudah pembahagian masa yang perlu aku buat untuk jalan dakwah. Tambahan pula, sekarang waktu cuti, jadi aku mempunyai masa untuk mengatur semula hidupku apabila bermulanya musim kuliah nanti. Aku bertekad untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti kelak.
Tetapi, aku berfikir sejenak, macam mana dengan pengisian rohaniku? Makanan rohaniku?

Ah, tak payah fikir. Pergi sahaja ke masjid, dengar ceramah, pergi ke kelas-kelas agama, kekalkan amalan harian yang sama selama ini dilakukan. InsyaAllah kau masih mampu bertahan.
Inilah kata hatiku yang kukira sudah tepat dengan diriku. Namun, aku ingatkan panas sampai ke petang, namun rupanya hujan di tengah hari. Puas aku menangis kerana perancangan hidupku gagal, namun rupanya Allah ingin hadiahkan aku pelangi yang sangat indah dan cantik.

Masuk sahaja semester baru di universiti, aku tutup kisah lama. Aku simpan rapi di dalam laci yang berkunci. Aku mula melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di universiti. Semua yang aku ingin cuba semasa berada di jalan dakwah dulu, aku lakukan sekarang. Aku rasa puas kerana impianku tercapai. Banyak sijil dan penghargaan telah kuterima di atas penglibatanku. Perhubungan antara lelaki dan perempuan, yang cukup aku jaga dahulu, hilang entah ke mana. Kalau kiranya aku dapat melihat catatan malaikat Raqib dan Atid, pasti catatan di sebelah kiriku semakin hari semakin banyak. Banyak dosa telah aku himpunkan, namun satu perkataan taubat pun tidak aku pohon daripada-Nya. Mungkin kerana keseronokan hidup yang aku alami sekarang dan juga kepuasan diri yang aku idam-idamkan selama ini.

Namun, sebenarnya, rasa puas itu hanya terpamer di riak wajah sahaja kerana, saban hari aku mula lalai dengan hidupku, lalai dengan dunia yang menjanjikan keseronokan yang palsu. Dalam seminggu, hanya 1 atau 2 ceramah atau kuliah di masjid yang aku hadiri, itupun kalau aku teringin nak pergi. Nak menjaga amalan harian pula sangatlah susah. Aku mula menjauhkan diri dari melakukan solat dhuha, kemudian, bacaan mathuratku, tahajudku, istighfarku dan paling menyedihkanku ialah bacaan al-Quranku. Entah ke mana perginya. Alhamdulillah, imej seorang muslimah masih aku kekalkan kerana itu sudah sebati dalam diriku.

Aku mula rasa bosan dengan cara hidupku yang begini. Saban hari aku merungut kerana banyak masa kosong yang tidak terisi. Padahal lambakan tugasan menantiku, sehinggalah pada suatu hari, aku terasa sangat sunyi dan rindu, rindu pelukan dan kasih sayang daripada Allah SWT, rindu pada nikmat-Nya, rahmat-Nya dan buat pertama kalinya aku rindu pada cara hidup Islam yang sebenar. Aku terasa terasing di bumi sendiri.

Malam itu aku menangis sepenuh hati, menangis kerana aku rasa akulah hamba Allah yang paling hina sekali, menangis memohon keampunan daripada Allah dan ketika itulah Allah memberikan hidayahNya. Seoarang muallaf, kenalanku semasa sama-sama belajar di matrikulasi dulu, menelefonku. Memang tepat pada waktunya, dia bertanyakan keadaanku.

Bagaimana.. adakah jalan tarbiyah masih menjadi laluan?Adakah cara hidup islam itu masih aku amalkan sepenuhnya?
Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku menangis semahu-mahunya dan menceritakan apa yang telah kulalui selama ini. Aku mengadu padanya kerana aku tahu, hanya dialah sahabat yang Allah telah pilih untuk membantuku dan dialah yang Allah pilih untuk menjadi laluan kepadaku berpatah semula di jalan dakwah ini.

~~~ @>---- ~~~


Bermula episod malam itu, aku tutup semua kisah hidupku semasa aku tersasar dari landasan dakwah ini. Aku bina hidup baru dengan harapan baru dan sinar cahaya Islam yang semakin bersinar.

Aku bangkit kembali daripada kejatuhandan cukuplah, aku tidak sanggup jatuh lagi.

Aku mahu terus berdiri dan berlari dalam memperjuangkan Islam.

Aku akan pastikan hidayah Allah adalah milikku dan aku tidak akan berpaling lagi dari jalan ini.

Jalan yang membawa perubahan ke dalam diriku dan aku yakin dengan apa yang aku lakukan.

"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad (47:7)
Nukilan editor :"Sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita. Genggamlah ia dengan kejap, biar berparut pada hati, biar membekas pada jiwa, biar pelukannya mampu menghantar suara hati hamba-Nya yang sentiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat."

Glosari kata (Bahasa Arab) :
enti : awak (perempuan)
ana : saya
mufaraqah : keluar/berpisah

*edit from iluvislam

BILAL BIN RABAH

Bismillahirrahmanirrahim... Moga2 dgn kisah pendek mengenai Bilal Bin Rabah ini dapat menambahkan sedikit pengetahuan kita tentang Bilal Bin Rabah..

           ***************************************


    Bilal Bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah, 43 tahun sebelum hijrah.Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah,seorang wanita berkulit hitam. Kerana itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran ibnus - Sauda' atau putera wanita hitam.

   Bilal dibesarkan di kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada Umayyah bin Khalaf,seorang tokoh penting kaum Quraisy.

   Bilal termasuk dalam kalangan mereka yang awal memeluk Islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu,dia menyeksa Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun,Bilal enggan tunduk pada kehendak Umaiyah.

    Bilal bin Rabah diseksa oleh Umaiyah tanpa henti. Mula2 dia dipukul, kemudian diarak keliling Kota Mekah. Kerana Bilal masih berdegil,dia dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum. Ketika matahari tegak di atas kepala, dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu, Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu. Namun, iman Bilal tetap teguh menghadapi penyeksaan itu. Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama al-Latta dan al-Uzza,tetapi, mulut Bilal hanya menyebut ''Allah..Allah..Allah..''

    Seksaan pada Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu membelinya daripada Umaiyah dengan harga 9 uqiyah emas. Menurut Umaiyah,jika Abu Bakar membelinya dengan 1 uqiyah emas pun,dia akan menjual hambanya itu.Menurut Abu Bakar pula, jika Umaiyah menjualnya dengan harga 100 uqiyah pun dia sanggup membelinya.

    Apabila Nabi Muhammad s.a.w diberitahu tentang perkara itu,nabi memuji Abu Bakar as-Siddiq dengan berkata, ''Sekiranya begitu,biarkan aku berkongsi denganmu bagi membayarnya,wahai Abu Bakar.''

    ''Wahai Rasulullah,saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal.'' Kata Abu Bakar as-Siddiq pula.

     Bilal bin Rabah pernah hidup pada 3 zaman,iaitu, zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam,zaman Nabi Muhammad pembawa risalah Allah dan zaman khalifah ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab.

     Pada zaman jahiliah,Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah,. Pada zaman Rasulullah pula,beliau dilantik menjadi tukang azan.Beliau juga turut serta dalam semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah.

    Sesudah Nabi Muhammad wafat, Bilal merasakan 1 kehilangan dalam hidupnya. Kerana berasa sangat sedih,beliau tidak mampu menyebut anam Muhammad dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya, Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan.

    Pada masa pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Bilal meminta izin pergi berperang menentang mereka yang ingkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar as-Siddiq kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.

   Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, Bilal sekali lagi emmint izin berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dia diizinkan pergi. Bilal membawa isterinya bersama-sama pergi berjihad di jalan Allah. Kedua-duanya turut bersama tentra Islam menakluk Baitul Muqaddis.

   Semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji,penduduk Mekah meminta beliau menetap di Kota Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil Haram. Tetapi Bilal menolak.

   Apabila pulang ke Madinah, Ali bin Abu Talib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi Bilal sekali lagi menolak. Kemudian, Khalifah Umar al-Khattab sendiri yang memujuk Bilal,tetapi tidak berjaya. Kerana tidak sanggup berada di Madinah, Bilal membawa isterinya berpindah ke Syam.

   Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan,tetapi Bilal enggan hingga mereka marah pada Bilal. Akhirnya, Bilal membawa isterinya ke Damsyik.

   Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 hijrah iaitu pada 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. Dan pada ketika itu,dia berumur 63 tahun.

**************************************************

~Sanggupkah kita menjadi seperti beliau?~

Wallahualam..

* Salam Mujahadah. *


:: BILAL BIN RABAH --- PENGUMANDANG SERUAN LANGIT ::

KHALID AL-WALID

Bismillahirrahmanirrahim...


       Khalid bin Walid bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah al-Mahzumi adalah panglima tentera Islam terulung yang memberikan banyak sumbangan kepada penyebaran syiar Islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya (keturunannya) dengan Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar as-Siddiq dan Khalid al-Walid berasal dari keluarga yang sama.

       Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihormati kerana bapanya, Walid bin al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh kaumnya. Walid terkenal dengan kejayaan dan sifat pemurahnya sehingga mendapat gelaran Adil Wahid atau orang pemurah nombor satu.

       Ibu Khalid bernama Lubabah al-Sughra. Lubabah adalah anak perempuan Haris,pemimpin Quraisy yang dihormati. Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, isteri Nabi Muhammad SAW.

        Sejak kecil lagi Khalid bin Walid sudah dilatih menjadi pahlawan. Dia cekap menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihormati kerana kemahirannya itu. Ketika usianya masih muda, Khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy.

        Khalid bin Walid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dlam perang Uhud yang berlaku pada hari Sabtu bersamaan dengan 3 Hijrah. Dengan kepintarannya, pasukan tentera berkuda Quraisy berjaya mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Khalid terus memusuhi Islam sehingga tahun 6 Hijrah.


       Pada suatu hari, ayah Khalid, iaitu Walid masuk ke Masjidil Haram. Ketika itu, Nabi Muhammad SAW sedang membaca al-Quran. Walid menghampiri baginda lalu mendengar apa yang dibacanya. Nabi Muhammad SAW menyedari kedatangan Walid lalu Baginda sengaja menguatkan bacaannya supaya didengar oleh Walid. Kemudian, Walid keluar dari Masjidil Haram lalu berkata kepada orang ramai ''Demi Tuhan, Sesungguhnya saya sudah mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad. Ia bukan perkataan manusia ataupun jin. Demi tuhan, bahasanya sangat indah dan tiada yang dapat mengatasinya.''

       Peristiwa itu amat berkesan di hati Khalid. Pada suatu hari, Khalid berkata kepada kaumnya, ''Sudah jelas dan terang bagi mereka yang mempunyai akal yang sempurna, bahawa muhammad itu bukan ahli sihir ataupun tukang syair. Apa yang dibacanya itu memang wahyu daripada Allah dan menjadi kewajipan bagi mereka yang berakal sihat mengikutinya.''

       Selepas memeluk Islam, Khalid dilantik menjadi panglima perang dan mendapat gelaran Saifullah atau pahlwan pedang Allah.

      Menurut Abu Hurairah, ''Pada suatu hari,saya dan Rasulullah SAW berhenti pada suatu tempat dan orang ramai berjalan dihadapan kami. Rasulullah SAW bertanya nama2 mereka yang melalui tempat itu. Kemudian muncul seorang lelaki , lalu Rasulullah SAW bertanya, ''Siapakah itu?''. Saya menjawab, ''Itulah Khalid bin Walid.'' Baginda berkata ''Hamba Allah itu adalah pedang daripada pedang2 Allah.''

     Ketika berlakunya perang Muktah, Nabi MUhammad SAW sedang berkhutbah. Baginda berkata, ''Akhirnya panji2 itu diambil oleh Khalid al-Walid yang digelar pedang Allah. Peperangan itu dimenangi oleh Khalid al-Walid.''

   Khalid bin Walid sudah menyertai 50 peperangan dan memperoleh kemenangan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia. Apabila Umar al-Khattab menjadi khalifah, jawatan Khalid bin Walid dilucutkan dan tempatnya di ganti oleh Abu Ubaidah bin Jarrah.

      Pada tahun 21 Hijrah, panglima Khalid al-Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar pernah berkata, ''Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid.''

      Khalifah Umar al-Khattab pula berkata, ''Saya tidak marah pada Khalid, kecuali dia seorang yang amat keras terhadap musuh dan terlalu menyayangi pasukannya sehingga tidak menunggu persetujuan Khalifah terlebih dahulu sebelum membahagikan harta rampasan perang.''

      Menurut Khalifah Umar al-Khattab lagi, ''Khalid sudah menjadi raja dengan sendirinya. Tuhan merahmati Abu Bakar kerana dia lebih tahu mengenai lelaki itu daripada saya.''


Wallahualam..

Salam Mujahadah..

:: KHALID AL-WALID ~ MEMBURU SYAHID ::

ALI BIN ABI TALIB

Bismillahirrahmanirrahim...

   
  
        Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihri bin Malik bin An-Nadri bin Kinanah.


 - Adik Beradik :-

          :: Talib               :: Aqil
          :: Jaafar             :: Ummu Hani
          :: Jumarah          :: Raitah

 - Isteri2 Ali Bin Abi Talib :-

         ::  Fatimah Binti Rasulullah
         ::  Khoulah Binti Iyas
         ::  Laila Binti Masud
         ::  Ummu Banin Bin Hizam
         ::  Asma Binti Umais
         ::  As-Sohbak Ummu Habib Binti Rabiah
         ::  Umamah Binti Abu al-As
         ::  Ummu Saad Binti Urwa
         ::  Ummu Mahaiya Binti Amri al-Qais


   -  Anak Lelaki Ali :-

          :: Hasan
          :: Husin
          :: Muhsin
          :: Muhammad al-Akbar
          :: Ubaidullah
          :: Abu Bakar
          :: Abbas
          :: Uthman
          :: Jaafar
          :: Abdullah
          :: Muhammad al-Asghar
          :: Yahya
          :: Aun
          :: Umar al-Akbar
          :: Muhammad al-Ausat


  - Anak Perempuan Ali :-

          :: Ummu Khalsum
          :: Zainab
          :: Fatimah
          :: Ruqiyah
          :: Ummu Hasan
          :: Ramlah
          :: Ummu Hani
          :: Zainab al-Sughra
          :: Khadijah
          :: Ramlah as-Sughra
          :: Ummu Kalthum as-Sugra
          :: Umamah
          :: Ummu al-Kiram
          :: Ummu Salamah
          :: Ummu Jaafar
          :: Jumanah
          :: Nafisah

   

       Ali bin Abi Talib dilahirkan pada tahun ke-9 sebelum Muhammad menjadi Rasul. Usianya 31 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad. Ibunya Fatimah binti Asad bin Hasyim binti Abdul Manaf daripada Bani Hasyim.

      Nama asalnya Haidarah, Rasulullah memanggilnya Ali. Selain itu,pernah juga Rasulullah memanggilnya Abu Turab.

      Ali bin Abi Talib dididik dan dibesarkan dalam rumah tangga Rasulullah. Beliau kanak2 pertama yang memeluk Islam ketika berumur 9 tahun. Beliau terkenal sebagai orang yang alim dan bijaksana, penghafal Quran, seorang sasterawan, dan ahli pidato, seorang pahlawan perang dan negarawan. Dia seorang yang berilmu dan cintakan ilmu.

     Ali juga adalah pelopor ilmu tauhid, ilmu mantiq, fiqih, ilmu nahu dengan penulis bahasa arab.

     Terdapat 4 golongan yang mempunyai kaitan dengan Ali iaitu, Ahlus Sunnah, Syiah, Al-Khawarij dan Bani Umaiyah. Syiah begitu menyanjung Ali bin Abi Talib. Al-Khawarij pula adalah mereka yang keluar dari kelompok Ali. Sehubungan itu, Khalifah Ali bin Abi Talib pernah berkata, ''Ada segolongan orang yang demi cintanya kepada aku,mereka bersedia masuk neraka. Tetapi ada segolongan lain yang demi kebenciannya kepada aku,sampai mereka bersedia masuk neraka.''

     Selepas Khalifah Ali bin Abi Talib meninggal dunia, Muawiyah bin Abu Sufian pernah bertanya kepada Dhirar bin Dhamrah berkenaan sikap dan peribadi Ali. Kata Dhirar, ''Demi Allah,Ali itu seorang yang berpandangan jauh, kuat dan perkasa. Apa yang dikatakannya selalu diperkotakan. Apabila memerintah,beliau selalu berlaku adil.Kata-kata dan tindakannya jelas menunjukkan beliau berpengetahuan luas dan hampir semua ucapannya mengandungi hikmah.''

     ''Demi Allah, memang besar seperti apa yang kamu katakan itu.'' Kata Muawiyah.

     Tubuh Ali tidak tinggi tetapi, tegap dan sasa. Matanya hitam,alisnya tebal, kulitnya coklat, dan janggutnya tebal. Dia sering tersenyum.

     Kata Mughirah,Ali kuat seperti singa. Kata Ibnu Abbas pula, aku belum pernah melihat orang yang mempunyai daya tarikan seperti Ali.

     Ali bin Abi Talib adalah Khalifah al-Rasyidin keempat selepas Uthman bin Affan. Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan. Ketika itu umat Islam mula berpecah-belah malah berperang sesama sendiri. Dalam perang unta,pasukan tentera yang dipimpin khalifah bertempur dengan pasukan tentera yang dipimpin Aisyah. Berlaku pula perang Shiffin antara tentera Khalifah Ali dengan tentera Muawiyah.

     Peperangan itu ditamatkan dengan majlis Tahkim. Mereka yang tidak bersetuju majlis Tahkim itu bertindak keluar daripada pasukan khalifah Ali,lalu dinamakan kaum Khawarij. Mereka sangat memusuhi sehingga sanggup membunuhnya. Khalifah Ali ditetak keningnya dengan pedang yang disapu racun oleh Abdul Rahman bin Muljam pada waktu subuh, 17 Ramadhan dan meninggal dunia pada 21 Ramadhan. ketika itu beliau berumur 63 tahun.

    Ada yang mengatakan mayat Ali bin Abi Talib dikebumikan di Kufah di 1 tempat bernama Rahbah. Tetapi, ada pula mengatakan mayatnya dibawa oleh Husein ke Madinah lalu dimakamkan di sebelah kubur Fatimah. Tetapi, ada pula mengatakan jenazahnya dibawa ke Hijaz dan diletakkan dalam sebuah peti. Ketika dalam perjalanan, sekumpulan arab Badwi merompak mereka kerana menyangka dalam peti itu berisi harta. Apabila dibuka, mereka dapati 1 mayat lalu dikuburkan di tengah padang pasir.

      Tetapi, bagi pengikut Syiah, mereka yakin jenazah Ali dikebumikan di Najaf, Iraq. Dia atas kuburnya, dibangunkan sebuah masjid yang indah, kubahnya yang disalut emas. Masjid itu sering dikunjungi pengikut Syiah.

      Pada malam 17 ramadhan itu, puak Khawarij merancang membunuh Khalifah Ali Bin Abi Talib, Muawiyah bin Abu Sufian dan Amru al-Ash. Abdul Rahman bin Muljam brjaya membunuh Khalifah Ali bin Abi Talib. Al-Barak bin Abdullah gagal membunuh Muawiyah bin Abu Sufian. Amir bin Bakr juga gagal membunuh Amru al-Ash.


~Wallahu'alam~

:: ALI BIN ABI TALIB ~ MUTIARA ILMU ISLAM ::

Salam Mujahadah