mujahidah fisabilillah

mujahidah fisabilillah

Friday, December 31, 2010

Cinta tak semestinya dimiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

p/s : diambil dari nukilan para sahabiah

surat berantai (msg2 sperti memaksa dhantar kpd khalayak ramai)

Kita sentiasa menerima surat tanpa nama pengirim dari semasa ke semasa. Surat ini juga ditabur di masjid dan tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana ‘wasiat’di dalam surat tersebut. Amat malang,kerana dalam dunia yang maju masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (tetapi mempunyai kesan yang amat besar kepada akidah). Tidak dinafikan,naluri manusia mempunyai kelemahan dan akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu perkara.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan iaitu, “Bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh itu,jika kamu bersangka buruk jangan kamu percaya dan laksanakannya , dan jika berasa sial jangan kamu berhenti (daripada melakukan kerja yang dilakukan kerana terpengaruh) dan jika kamu hasad, jangan lanjutkan.”-Riwayat Tabarani

Jika ketiga-tiga perbuatan ini wujud,sebagai perasaan semata-mata yang tidak dipengaruhi oleh sikap dan perbuatan,ia dimaafkan oleh ALLAH. Diriwayatkan pula daripada Ibnu Mas’ud Rasulullah s.a.w bersabda, “Tathayyur adalah syirik.”. Dan Ibnu Mas’ud berkata, “Setiap orang akan ada perasaan ‘sial’,dan sebagainya tetapi ALLAH akan menghilangkannya jika anda bertawakal.” – Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi

Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas’ud itu ialah, setiap manusia mempunyai perasaan seperti itu, tetapi ia akan lenyap jika sentiasa bertawakal dan tidak membiarkan perasaannya itu ada di dalam hatinya.
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat berantai ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974-1975 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunanArab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya ialah Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas pada usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah s.a.w di Madinah antara tahun 1967-1979, tidak ada penjaga makam bernama Syeikh Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Manakala penjaga makam di Madinah ialah Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881- m1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932- m1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967- m1979).

Hal ini pernah berlaku pada bekas Menteri Besar Perak iaitu Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi apabila disuruh bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadat di hadapan kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada 20 orang kawannya. Peristiwa ini berlaku sebelum beliau meninggal dunia . Bekas kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang syahadahnya akan gugur (murtad) kerana perkara tersebut.
Setelah itu, Allahyarham Datuk Shafawi iaitu bekas Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa, “Barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini telah melakukan syirik dan tidak mustahil akan murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telah pun dikirimkan risalah ini.”
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-Raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, “Menyebarkan surat ini termasuk dalam menyekutukan ALLAH S.W.T dengan syirik yang besar (shirki-kubra) juga mempermainkan Rasulullah s.a.w. Tambahan pula, ia disebarkan dengan niat yang tidak baik dan mengelirukan umat Islam. Selain itu surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ajaran baginda kerana menggambarkan syeikh Ahmad sebagai perawi hadis sesudah kewafatan baginda.”

Demikian juga apabila Allahyarham Datuk Sheikhul Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8 mengatakan, “Surat ini sekurang-kurangnya akan menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja. Maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan bersungguh-sungguh. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain,maka dia dianggap mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Ulama juga berpendapat ia perbuatan syirik dan boleh mengakibatkan murtad.

p/s: Sumber diambil daripada buku ‘MUTIARA AKIDAH & IBADAT ’ oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman halaman 115-118.

Tuesday, December 28, 2010

Ampuniku Ya Rabb..

 Allah...
Aku adalah manusia yang berlumur dosa Ya Allah,
Aku adalah hambaMu yang selalu mengabaikan perintahMu,
Jarang sekali aku berzikir kepadaMu,apatah lagi sujud kepadaMu,
Aku sering melupakanMu..

Ya Rahim,
Dahulu,aku sering menderhakai kedua ibu bapaku,
Dahulu,aku sering melanggar perintahMu Ya Rahim,
Dahulu,aku sering meninggalkan solat,
Dahulu,aku tidak pernah memikirkan tentang balasanMu di akhirat kelak,
Dahulu,aku buta,
Buta dari melihat kekuasaan dan keindahan ciptaanMu,
Dahulu, aku pekak,
Pekak dari mendengar kata-kataMu,
Dahulu,aku bisu,
Bisu dari menyebut asmaMu,
Bisu dari berzikir kepadaMu,
Bisu dari memujaMu,

Allahu Rabbi..
Aku berjalan di atas bumiMu dengan angkuh,
Aku berjalan di BumiMu dengan sombong,
Aku berjalan dengan lagaknya,
Aku sering fikir,
Fikir bahawa aku adalah manusia yang sempurna..

Padahal,
Aku adalah manusia yang kudung tangannya,
Kudung tangannya dari bersedekah,
Aku adalah manusia yang buta matanya,
Buta dari melihat kekuasaanMu,
Aku adalah manusia yang hina,
Hina dihadapanMu...

Ya Rabb..
Masihkah ada lagi keampunan buatku?
Masihkah ada lagi kemaafan buatku?

Allah..Allah..Allah..
Aku sangat takut dengan azab nerakaMu Ya Allah,
Tetapi,aku tidak layak untuk menghampiri syurgaMu,
Apatah lagi memasukinya..

Ya Rahman..
Aku benar-benar menginsafi diriku ya Rahman..
Aku benar-benar bertaubat padaMu ya Rahman..
Kau ampunilah dosa-dosaku ya Allah..

Masuklah aku di kalangan orang yang rugi,jika tidak mendapat keampunan dariMu,
Masuklah aku dikalangan orang yang jahil,jika tidak mendapat kemaafan dariMu,

Allahu Allah...
Aku bertaubat kepadaMu Ya Allah,
Aku bersujud padaMu ya Allah,
Aku meng'abdikan diriku padaMu ya Allah,
Aku menghambakan diriku padaMu ya Allah..
Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku ya Allah,
Sesungguhnya,Engkau maha Pengampun lagi maha Mengasihani..

Astaghfirullahal'azim...
Ampuni aku ya Allah...
Aku hambaMu yang hina..
Aku hambaMu yang jahil,
Aku hambaMu yang lemah,
Aku hambaMu yang kerdil...

Allahu Rabbi..
Astaghfirullahal'azim...

Monday, December 13, 2010

WAHAI YANG BERGELAR HAMBANYA

Pernahkah kita terfikir apakah tujuan sebenar kita diciptakan ke dunia ini. Sedangkan dari sebesar-besar gunung hingga ke sekecil-kecil semut pun ada tujuannya tersendiri, inikan kita yang sempurna dan indah ciptaan-Nya. Maha Suci Allah yang tidak lengah(lalai) pada ciptaan-Nya.
Tidak pernah terdetikkah untuk apa kita dijadikan? Adakah manusia sekadar penghias dunia semata-mata, atau lebih kepada PEROSAK DUNIA?
Maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?.
(Al-Mu'minun:115).
Jelas bahawa setiap satu ciptaan itu ada tujuannya. Seorang tuan rumah pun akan memarahi  pembantu rumahnya, (bibik) jika dia tidak tahu tujuan dia diambil bekerja. Apatah lagi kita manusia ciptaan Allah yang menikmati pelbagai nikmat kurniaanNya.
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku. 
(az-Zariyat: 51)
Allah s.w.t telah berfirman dengan jelas tentang tujuan ini di dalam ayat Al-Quran. Sedarkah kita dengan tugas kita ini???
Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata " Apakah kau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, " Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah:30)
Maha suci Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Betapa berat dan besar amanah, tugas yang perlu kita pikul. Khalifah berperanan mengurus dan mentadbir bumi mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan . Adakah kerja keras kita selama ini hanyalah berusaha untuk mencari kejayaan demi kesenangan sendiri menepati kehendak TUAN KITA INI?.
Adakah Pengarah sebuah syarikat pembinaan akan merasa gembira dengan kerja-kerja pekerjanya yang membina HOTEL walaupun ditugaskan membina deretan rumah kedai?.           
Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."
(Yusuf:12)
Kita juga berperanan untuk menyambung jejak langkah Rasulullah S.A.W menyeru manusia mencari keredhaan Allah S.W.T. Malulah kita kepada sang semut yang kerdil andai mereka lebih cekap dan effisyen dalam menjalankan tanggungjawabnya. Setelah beraneka rahmat dikurniakan kepada kita dari sihat tubuh badan hingga kepada kebijaksaan dalam pembelajaran, adakah kita masih mahu lari dari tanggungjawab kita ini?.
Andai satu hari nanti segala jenis pinjaman yang kita miliki seperti kekayaan, kesihatan dan kebijaksaan ditarik adakah kita tidak malu merayu meminta agar ianya dikembalikan?. Sedangkan sebelum ini kita tidak pernah peduli tentang TUJUAN ia dipinjamkan kepada kita.


Malangnya kita jika mengabaikan tanggungjawab kita ini. Pastikah kita dimana tempat kita diakhirat kelak? Dunia hanyalah satu OASIS yang perlu kita tinggalkan setelah menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diberi. Berilah apa saja alasan kerana sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui bila saat kita akan kembali padaNYA.

BERJUANG,TETAPI TIDAK IKHLAS

Ramai orang yang berjuang. Tapi tidak seramai itu pula yang berjuang dengan ikhlas. Melalui interaksi dengan Kitabullah dan Nabi Muhammad saw., para sahabat amat memahami bahawa memurnikan (mengikhlaskan) orientasi dan amal hanya untuk Allah adalah suatu keniscayaan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.

Mereka meyakini sepenuhnya bahawa hal itu merupakan kunci untuk memperoleh pertolongan dan dukungan Allah dalam setiap pertempuran yang mereka terjuni, menghadapi musuh-musuh mereka, baik musuh dari dalam diri mahupun dari luar diri mereka.

Mereka menghayati firman Allah swt.: “Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah. Dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” [At-Taubah (9):120]

Para sahabat memahami hal itu dan mengaplikasikannya dalam diri mereka. Maka terlihat dalam perilaku mereka. Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab gunung datang kepada Rasulullah saw. lalu beriman dan mengikutinya. Orang itu mengatakan, “Aku akan berhijrah bersamamu.” Maka Rasulullah saw. menitipkan orang itu kepada para sahabatnya.

Saat terjadi Perang Khaibar, Rasulullah saw. memperoleh ghanimah (rampasan perang). Lalu beliau membahagi-bahagikannya dan menyisihkan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat. Orang itu biasa menggembalakan binatang ternak mereka.

Ketika ia datang, para sahabat menyerahkan bahagiannya itu. Orang itu mengatakan, “Apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah bahagianmu yang dibahagikan oleh Rasulullah saw.” Orang itu mengatakan lagi, “Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggorokannya), lalu aku mati lalu masuk syurga.”

Rasulullah saw. mengatakan, “Jika kamu jujur kepada Allah, maka Dia akan mengizinkan keinginanmu.” Lalu mereka berangkat untuk memerangi musuh. Para sahabat datang dengan memapah orang itu dalam keadaan tertusuk panah di bahagian tubuh yang ditunjuknya. Rasulullah saw. mengatakan, “Inikah orang itu?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. berkata, “Ia telah jujur kepada Allah, maka Allah memakbulkan keinginannya.”

Lalu Rasulullah saw. mengkafaninya dengan jubah beliau kemudian mensolatinya. Dan di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah: “Allaahumma haadza ‘abduka kharaja muhaajiran fii sabiilika faqutila syahiidan wa ana syahidun ‘alaihi” (Ya Allah, ini adalah hamba-Mu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, lalu ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya).” (Diriwayatkan oleh An-Nasai)


Anas Bin Malik ra. menceritakan bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. seraya mengatakan, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku orang hitam, buruk rupa, dan tidak punya harta. Jika aku memerangi mereka (orang-orang kafir) hingga terbunuh, apakah aku masuk syurga?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya.” Lalu ia maju dan bertempur hingga terbunuh.

Ia lalu dibawa kepada Rasulullah saw. dalam keadaan sudah meninggal. Rasulullah saw. mengatakan, “Sungguh Allah telah membuat indah wajahmu, membuat harum baumu, dan membuat banyak hartamu.” Beliau kemudian melanjutkan, “Aku telah melihat kedua isterinya dari kalangan bidadari mereka berebut jubah yang dikenakannya. Mereka masuk antara kulit dan jubahnya.” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim)

Begitulah para sahabat mempraktikkan ikhlas dalam perjuangan. Dan begitu pulalah seharusnya kita mempraktikkannya. Dan jika ada niat yang tidak jelas dalam jiwa selain keikhlasan, maka hendaknya kita ingat hal-hal berikut ini:

Pertama, bahawa Allah mengawasi, mengetahui, mendengar, melihat kita. Firman-Nya: “Dan Dialah Allah (Yang Disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan; dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan.” [Al-An'am (6): 3]

Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui.”

Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Ali Imran (3): 29]
 
Kedua, bahawa orang yang riya (ingin dilihat orang) atau sum’ah (ingin didengar orang) dalam beramal akan dibongkar oleh Allah semenjak di dunia sebelum di akhirat. Dan mereka tidak mendapatkan bahagian dari amal mereka selain dari apa yang dinginkannya.

Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang ingin (amalnya) didengar orang, maka Allah akan membuatnya di dengar; dan siapa yang ingin (amalnya) dilihat orang, maka Allah akan membuatnya dilihat orang.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Ketiga, bahawa kekalahan yang diderita kaum Muslimin dewasa ini adalah akibat kezaliman kita sendiri. Firman-Nya: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” [Yunus (10): 44]
 
Keempat, bahawasanya ketidakikhlasan menghancurkan amal, besar mahupun kecil. Dan dengan demikian bererti kita telah membuat perjuangan kita bertahun-tahun sia-sia belaka. Allah swt. berfirman: “Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang telah melakukan kezaliman.” [Thaha (20): 111].

“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” [Al-Furqan (25): 23]

Dan Rasulullah saw. bersabda, “Aku benar-benar mengetahui orang-orang dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan-kebaikan seperti gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikannya bagaikan debu yang tertiup angin.”

Tsauban berkata, “Wahai Rasulullah, terangkanlah sifat mereka kepada kami agar kami tidak seperti mereka, kerana kami tidak mengetahui mereka.” Rasulullah saw. menjelaskan, “Mereka adalah termasuk saudara-saudara kamu dan seperti kulitmu. Mereka menggunakan waktu malam seperti yang kamu lakukan, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang jika berhadapan dengan larangan-larangan Allah mereka melanggarnya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kelima, orang-orang yang beramal bukan kerana Allah adalah orang yang pertama dibakar untuk menyalakan neraka. Dalam hadits panjangnya, Rasulullah saw. menjelaskan nasib tiga kelompok manusia yang celaka di hari akhirat kerana beramal dengan riya.

Keenam,orang-orang yang riya’ akan menjadi teman syaitan pada hari kiamat di dalam neraka jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah bagi kita kisah Quzman, seperti yang diterangkan oleh Qatadah –semoga Allah meredhainya.

Beliau menjelaskan, “Di antara kami ada orang asing dan diketahui siapa dia. Ia dipanggil Quzman. Adalah Rasulullah saw. setiap disebut namanya selalu mengatakan bahawa dia termasuk penghuni neraka. Saat terjadi Perang Uhud, Quzman terlibat dalam pertempuran sengit sampai berhasil membunuh lapan atau tujuh orang musyrik. Memang dia orang kuat.

Lalu ia terluka lalu dipapah ke rumah Bani Zhufr. Beberapa lelaki dari kaum Muslimin mengatakan kepadanya, ‘Demi Allah, engkau telah diuji hari ini, hai Quzman, maka berbahagialah.’ Quzman menjawab, ‘Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang. Ketika merasakan lukanya semakin parah, ia mencabut panah dari tempatnya lalu bunuh diri.” (Al-Bidayah Wan-Nihayah, Ibnu Katsir)

Marilah kita bersama ingatkan jiwa kita dengan peringatan-peringatan tersebut agar dalam bergerak, berjuang, dan berkorban (tadhhiyah) senantiasa ikhlas kerana Allah.


sumber >> i luv islam

SENYUMAN RASULULLAH BANYAK BANTU MISI DAKWAH

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,
“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,
“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”
Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:
“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”
Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.
Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).
Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"
Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:
“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.
Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

DUNIA DI PENGHUJUNG NYAWA



(27-11-2009) Hari rya aidiladha ''hari jumaat''
(18-12-2009) Tahun baru Hijrah ''hari jumaat''
(25-12-2009) Hari Krismas ''hari jumaat''
(1-1-2010)  Tahun baru ''hari jumaat''
(26-2-2010) Maulidur Rasul ''hari jumaat''
(2-4-2010) Good friday ''hari jumaat''
(28-5-2010) Hari Wesak ''hari jumaat''
(10-9-2010) Hari Raya Aidilfitri ''hari jumaat''
(27-8-2010) Nuzul al-Quran ''hari jumaat''
(5-11-2010) Depavali ''hari jumaat''

~Adakah KIAMAT sudah HAMPIR ??? ~

Byk2 kita beristighfar dan brdoa pd Allah smga dosa2 kita diampuni...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

22 TANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR :-

1. Sembahyang di abaikan (diringan-ringankan)
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet,iklan,buku,gambar,risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan byk emmberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Prkara benar mnjdi salah dan salah menjadi benar. Sukar utk mmbezakan prkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong mnjadi 1 kperluan hidup dan menganggap jika tidak berbohong,sukar utk hidup senang.
6. Membayar zakat dianggap beban.
7. Org yg hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat yang berleluasa tetapi tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak emmberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual ) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna,sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak2 mengingkari dan menderhakai ibu bapa (ibu bapa emnjadi kuli dan anak menjadi tuan)
12. Kwn baik dilayan dgn kasar manakala musuh diberi layanan yang baik.Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi org yg mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina,minum arak,bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang,mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong,terpulau,berkunci, dan byk berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. ramai yang sembahyang,tetapi munafik dan berpura-pura.Di dalam sembahyang,berjanji akan mengikut suruhan Allah,tetapi , di luar sembahyang melanggar perintahNya.
16. Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah iman dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian,bergaul dan berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca,serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga org alim pun terlibat sama.
19. Darah manusia tidak berharga,sering berlaku pembunuhan,peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai org kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong,yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud untuk meminta sedekah.

~~DUNIA di pengHUJUNG nyawa~~

1-Penaklukan Baitulmuqaddis :- Dari Auf bin Malik r.a,katanya,Rasulullah s.a.wtelah bersabda : 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya,iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. -- Sahih Bukhari

2-Zina bermaharajalela. :- 'Dan tinggallah manusia2 yang buruk,yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai) . Maka pada zaman inilah kiamat akan datang' --Sahih Muslim

3-Bermaharajalela alat muzik. :- 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,rusuhan & perubahan muka' Ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: 'Wahai Rasulullah,bila hal ini terjadi??' Baginda menjawab : 'Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita --Ibnu Majah      ~~Mentor , Malaysian Idol , Akademi Fantasia , Anugerah Muzik...~~

4- Menghias masjid dan membanggakannya. :- 'Diantara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' --Riwayat Nasai..

5-Munculnya kekejian,memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. :- 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,memutuskan hubungan silaturrahim & sikap yang buruk dalam tetangga' --Riwayat Ahmad dan Hakim.         ~~Ada anak x mengaku ada mak/ayh psl malu...~~

6-Ramai org yg soleh meninggal dunia. :- 'Tidak akan datang kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yg baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yg hina & buruk yg tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' --Riwayat Ahmad

7-Org yg hina mendapat kedudukan terhormat :- 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh org2 mulia' --Riwayat Thabarani

8- Mengucapkan salam kepada org yg dikenalinya sahaja. :- 'Sesungguhnya diantara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja' --Riwayat Ahmad.

9- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. :- Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Diantara tanda2 hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'      ~~Fesyen zaman skarang (tube,spaghetti strap,g-string dan etc)

10-Bulan sabit kelihatan besar. :- 'Diantara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah membesarnya bulan sabit.'--Riwayat Thabarani 

11- Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita :- 'Pada akhir zaman,akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana, jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkan & menfitnahmu' --Sahih Muslim.

12-banyak saksi palsu & menyimpan kasaksian yang benar. :-Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar' --Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput  & sungai. :-' Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai' --Sahih Muslim.

~~Salam Mujahadah ~~