mujahidah fisabilillah

mujahidah fisabilillah

Friday, December 31, 2010

TIGA ORANG YANG BERADA DALAM GUA DAN TAWASSUL MEREKA Dengan AMALAN MASING-MASING

Riwayat Muslim dalam Kitab Zikir, doa taubat dan istighfar hadis no 4926
 Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka berteduh di dalam gua sebuah gunung. Secara tiba-tiba pintu gua itu tertutup dengan sebuah batu besar menyebabkan mereka terkurung, lalu sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Ingatlah semua amal baik yang pernah kamu lakukan kerana Allah s.w.t. Setelah itu berdoalah kepada Allah s.w.t dengan amalan masing-masing.

Semoga Allah s.w.t menolong kesulitan ini. Lelaki pertama berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah tua melarat. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku pelihara mereka serta berkhidmat untuk mereka. Sebaik sahaja aku mempunyai masa lapang aku terus memerahkan susu untuk mereka.

Aku utamakan kedua orang tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu daripada anak-anakku. Satu hari kerana kesibukan pekerjaanku sehingga ke petang, baru aku dapat pulang. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur. Seperti biasa aku terus memerah susu. Aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bejana. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang tuaku, namun aku tidak sanggup membangkitkan mereka dari tidur yang nyenyak. Aku juga tidak sanggup memberi anak-anakku minum terlebih dahulu sebelum kedua orang tuaku meminumnya, sekalipun mereka meminta-minta di hadapanku kerana lapar dahaga.

Aku terus setia menunggui mereka dan mereka juga tetap pula tidur sampai ke pagi. Jika Engkau tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharapkan keredaanMu, maka tolonglah aku dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini, sehingga kami boleh melihat langit. Disebabkan khidmat bakti tersebut Allah s.w.t berkenan menolong mereka dengan menggerakkan sedikit batu besar tersebut, sehingga mereka boleh melihat langit.

Lelaki kedua pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai seorang sepupu perempuan. Aku mengasihinya sebagaimana cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang cukup mendalam. Aku minta supaya dia melayani keinginan nafsuku. Namun begitu dia tidak sudi untuk berbuat demikian kecuali setelah aku mampu memberikannya wang sebanyak seratus dinar.

Untuk tujuan tersebut dengan susah payah akhirnya aku mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Aku membawa wang tersebut kepadanya. Sebaik sahaja aku ingin menyetubuhinya, dia berkata: Wahai hamba Allah! Takutlah kepada Allah. Janganlah kamu meragut kesucian ku kecuali dengan pernikahan terlebih dahulu. Mendengar kata-kata tersebut aku terus bangkit daripadanya serta membatalkan niat jahatku itu.

Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini. Allah s.w.t berkenan menolong mereka di mana batu besar itu terbuka sedikit lagi. Lelaki ketiga pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku pernah mengupah seorang pekerja untuk menugal padi. Sebaik sahaja selesai melakukan pekerjaan, dia berkata: Berikan upahku

. Namun aku enggan membayar upahnya. Dia terus menugal padi dan meminta lagi upahnya beberapa kali. Aku masih seperti biasa, enggan membayar upahnya dan terus mengupahnya menugal padi sehingga aku berjaya memiliki beberapa ekor lembu dan beberapa ekor anaknya. Suatu hari lelaki tadi datang kepadaku dan berkata: Takutlah kamu kepada Allah. Kamu jangan lagi menzalimi aku dengan kewajipanku. Kemudian aku berkata kepadanya:

Ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Dia berkata: Takutlah kepada Allah dan janganlah mempermain-mainkan aku. Aku berkata: Aku tidak mempermain-mainkan kamu, tetapi ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Sehingga akhirnya dia mengambil lembu tersebut. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi. Akhirnya Allah pun menolong mereka dengan menggerakkan batu besar yang menutupi gua tempat di mana mereka berteduh.

p/s : edit dri rakan facebook

Cinta daripada pandangan Imam Al-Syafie

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

KENAPA orang PEREMPUAN CANTIK PAKAI TUDUNG

1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH RAMBUT DIA...NAK TUTUP SELURUH DADA DIA...NAK COVER SEGALA2NYA
2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA
3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK
4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA
5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH
6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA
7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN.
8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN aDA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA
9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT
10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN
11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA
12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT
13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN
14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA
15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI
16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI
17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)
18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK
Dan TERUTAMA sekali DIA TUTUP AURAT SEBAB DIA FAHAM DAN MENTAATI TUNTUTAN SYARIAT ISLAM yang menyuruh agar sekalian perempuan MENUTUP AURAT MEREKA SEPENUHNYA bukan ala2 kadar sahaja-janji x nmpak rmbut
Firman Allah swt,
Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar DIKENALI (sebagai WANITA ISLAM) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)
"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"

BUAT PARA MUSLIMAH SEKALIAN(FROM SHABAB)

Kami sulit menahan pandangan mata kami

ketika melihat kalian,

apalagi jika kalian diamanahkan Allah

kecantikan dan postur yand ideal,

kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,

kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian

dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami

ketika berbicara dengan kalian,

apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah

suara yang merdu dengan irama yang mendayu

kerana itu tegaskanlah suara kalian

tatkala berbicara di berhadapan dengan kami

dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan

bayangan-bayangan hati kalian,

ketika kalian dapat menjadi

tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,

waktu luang kami kadangkala akan sering terisi

oleh bayangan-bayangan kalian,

kerana itu janganlah kalian membiarkan kami

menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah

bila harus berhadapan dengan kalian,

kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh

hanya dengan senyum kalian,

hati kami akan bergetar

ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,

maka jagalah amanah itu

jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu

akan kelemahan hati kami ini,

hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,

kalian akan menjadi halal bagi kami.

INGATLAH APA YANG TELAH DITULIS INI
 
 

Sunnah Bersalaman Tatkala Bertemu

Dari Qatadah rahimahullah beliau berkata:

قُلْتُ لِأَنَسٍ أَكَانَتْ الْمُصَافَحَةُ فِي أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ

“Aku bertanya kepada Anas, “Apakah di antara para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sering berjabat tangan?” Dia menjawab, “Ya.” (HR. Al-Bukhari no. 6263)

Dari Al Bara` radiallahu 'anhu beliau berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

“Tidaklah dua orang muslim bertemu lalu berjabat tangan kecuali Allah akan memberi keampunan kepada keduanya sebelum keduanya berpisah.” (HR. Abu Daud no. 5212 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 5777)

Dalam hadits Ma’qil bin Yasar radiallahu 'anhu daripada Nabi alaihishshalatu wassalam bahawa baginda bersabda:

لَأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيْدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ تَمَسَّهُ امْرَأَةٌ لاَ تَحِلَّ لَهُ

“Betul-betul seorang lelaki ditusukkan jarum besi pada kepalanya itu, itu lebih baik baginya daipada dia disentuh oleh wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).” (HR. Ath-Thabrani no. 486,487)

sumber: http://al-atsariyyah.com/?p=1698

SUKARKAH MERAIH SOLEHAH?

“Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya,”dia menyimpulkan sebelum menamatkan perbualan kami.

“Hakikatnya, pilihan berada di tangan kita. Untuk menjadi solehah, al Quran dan hadis Rasulullah SAW ada pedoman pada kedua-duanya. Tinggal lagi, sama ada kita mahu atau membiarkan masa dan ruang yang ada terus berlalu,”dia menambah .

“Memang benar. Kesedaran tanpa perubahan, umpama mimpi-mimpi sementara. Tiada makna,”saya membuat rumusan di samping mengingatkan diri yang juga sering kealpaan.
Justeru, sempena ketibaan tahun baru 1431 Hijriah ini, mari bersama memuhasabah diri. Membina azam untuk terus memperbaiki diri. Baik saya, anda dan sesiapa sahaja di luar sana, jadikan gelaran wanita dan isteri solehah sebagai motivasi untuk kita mempertingkatkan kualiti.

Ilmu dan amal seiring menghiasi peribadi, keimanan dan keyakinan kepada Hari Akhirat menjadi inspirasi mukminah muslimah sejati. Semoga kitalah harta bernilai bagi seorang lelaki bernama suami selepas ketaqwaan dan keimanannnya kepada Ilahi.

Berhijrahlah..berusahalah...mudah-mudahan kita berjaya meraih gelaran solehah, ameen.

“Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan yang indah, dan sebaik-baik perhiasan di dalamnya ialah wanita (isteri) yang solehah” ( Hadis riwayat Muslim )

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Warkah Khas Buat Muslimat

Segala pujian kupanjatkan kepada Yang Maha Kuasa dan dengan namanya kumulai suratku ini. Selawat dan salam kuhulurkan kepada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabatnya. Dan dengan panduannya kuatur risalah ini... khas untukmu wahai gadis!.....

Sesungguhnya aku tidak tahu benar tentang dirimu wahai gadisku. Aku sedar, ilmuku tentang tubuh lahirmu tidak lebih daripada pakaian pembalut tubuhmu. Jauh, jauh sekali untuk aku memahami tubuh batinmu yang berupa emosi, fitrah akal dan jiwa halusmu. Kuakur kekuranganku tentangmu, maka di awal suratku ini kususun sepuluh jari meminta maaf darimu, kalau-kalau penaku terlanjur melukai hatimu, atau mencemarkan kesucian fitrahmu, atau meleset daripada hakikat dirimu.

Aku tahu sewajarnya orang yang sehormon denganmu yang menulis tentang dirimu. Bukan aku! Orang yang berlainan hormon. Biarpun demikian, aku gagahi jua jari-jariku untuk mencoretkan secebis bingkisan buatmu, kerana aku pun tahu yang engkau begitu kepingin menatap coretanku. Sementelahan pula aku bukan menyingkap tabir jasadmu, bukan mencungkil rahsia dirimu, apalagi mengkoreksi lahir batinmu.Apalah salahku, kalau aku aturkan kata-kataku di sini untuk memaparkan cetusan perasaan dan pendapatku yang sering timbul tenggelam dalam benakku. Dan, kalau sesekali aku tersinggung tenang dirimu berdasarkan nas Tuhanku dan Tuhanmu, atau nabiku dan nabimu, kau tentu menerima bukan?

Wahai Gadisku.....................

Ketika aku mengingati kalimat berikut ini..... (wahai sekalian manusia, takutilah kamu akan Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari tubuh yang satu) An-Nisa’ ayat 1.Atau... ..(sesungguhnya wanita itu saudara seibu sebapa kaum lelaki) Wanita: Dr. Mustafa Assiba’iy m/s15, riwayat Ahmad. Sering kali aku merungut tentang kejahatan sebahagian lelaki. Mereka tak ubah seperti binatang atau lebih sesat. Aku tertanya-tanya ke mana perginya perasaan mereka terhadap saudara sendiri?Apakah mereka lupa bahawa orang yang tidak bersimpati itu tidak akan dikasihi? Apakah mereka ketandusan sifat kemanusiaan mereka, atau memang mereka kehilangan sifat itu?... Ah, aku cukup jengkel tentang mereka!

Ada kalanya aku juga terfikir kenapa perempuan sering kali menjadi mangsa lelaki? Dan bukan lelaki yang menjadi mangsa perempuan? Atau .... lelaki juga menjadi mangsa?!!! Mangsa runtuhan nafsu! Mangsa pengongkolan adat! Mangsa penyakit sosial! Mangsa perempuan jalang! Dan mangsa penipuan dan godaan syaitan! Ah, aku kesal.

Wahai Gadisku............

Aku turut bimbang, kau yang kucintai juga menerima angka giliran pemangsa-pemangsa itu. Umpama ramai gadis-gadis kini yang mula berjinak-jinak dengan jerat pemangsa, akhirnya mereka menjadi mangsa! Paling tidaknya mangsa cinta! Peringkat awalnya hanya mahu main-main cinta kononnya mahu mengecap nikmat cinta! Sesudah sekian lama, cinta itu menjadi barah yang tidak mampu dirawat lagi. Akhirnya ia terlantar di wad 'pesakit cinta’. Aku teringat ungkapan bapak HAMKA dalam sebuah bukunya.... “cinta itu suatu penyakit.Tetapi orang yang ditimpanya tidak mahu lagi sembuh!Ganjil bukan?”

Bukan juga kalimat itu. Orang yang diserang demam cinta, atau dijangkiti penyakit cinta jangan diusik-usik. Tak usah dirawa-rawat. Nanti orang yang merawat menjadi mangsa korban orang yang sakit cinta.Kenapa? Kenapa orang yang ditimpa penyakit cinta merasa segar dengan lamunan cintanya, nikmat dengan khayalan cintanya! Apabila kesegaran dan kenikmatannya dicerobohi, tentu saja ia akan bangkit mempertahankannya. “Mempertahankan hak peribadi”,katanya. Padahal kalau dihitung masa bercintanya yang menelan usia bertahun-tahun, atau mungkin puluhan tahun, tentu kita insaf betapa banyaknya umur muda yang kaya dengan kekuatan minda dan tenaga akan lenyap dalam api yang membakar. Kesiannya! Kesiannya orang itu! Dia terpaksa memasuki alam dewasa dengan kekayaan api cinta tetapi kehilangan erti dewasa. Dia hidup dengan bara-bara cinta bersama kekosongan ilmu di dada!

Inilah yang aku takut! Inilah yang aku bimbang!

Jangan-jangan kita juga menjadi mangsa cinta!

Apatah lagi apabila aku terkenangkan peringatan Tuhan kita Yang Maha Agung di dalam surah Az-Zukhruf (perhiasan) ayat 67 yang bermaksud: “Teman-teman akrab pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” .......... jangan-jangan dikau yang kucintai di alam ini tanpa restu Tuhan, menjadi musuh di akhirat kelak. Dan aku yang kau senangi di dunia ini menjadi kejahatanmu di hari kiamat nanti. Oh! Alangkah ruginya jika, bercinta sementara merana selama-lamanya!

Dan kepahitan yang lebih awal daripada itu ialah keterlanjuran yang tak mampu dikawal iaitu ketikanafsu berkuasa. Saat itu, akal akan kalah dan terpinggir. Aku takut, aku bimbang kalau-kalau gadisku rebah dalam pelariannya lalu disambar helang kelaparan..... maka ia akan kalah dan gugur di atas kelemahannya sebagai perempuan, atau di atas kesilapannya membuka gawang!

Sekali ia kalah dan gugur itu mengandungi tiga kali kalah dan gugur. Kekalahan dirinya sendiri sebagai wanita bermaruah buat selama-lamanya, kekalahan ayah ibunya yang melahirkan dan membesarkannya dengan keringat dan darah, dan kekalahan zuriatnya untuk menjadi penyambung generasi yang berhemah.

Aku takut cinta bisa memusnahkan harga dirimu dan nilai keperempuananmu di dunia sebelum memusnahkan jasadmu dan jiwamu di akhirat.

Wahai Gadisku.........

Biarlah kita bercinta tanpa berkenalan dan tanpa bertemu, semoga kita menjadi dua sejoli di syurga Allah. Biarlah aku tidak pernah mengenali dan melihatmu untuk menghidupkan cinta kita, asal saja kita boleh bersama di bawah payung Allah di saat tiada lagi payung selain payungNya.

Bukankah kau juga mahukan nikmat cinta yang abadi?Nikmat sejati? Semoga nikmat cinta kita yang tidak kesampaian hari ini menjadi kenyataan di hari akhirat nanti.

Biarlah aku mencintaimu tanpa mengetahui namamu siapa.
Biarlah aku menyayangimu tanpa mengenali rupa wajahmu.
Dan biarlah kau juga seumpamaku.....

Dalam pada itu, aku amat senang mencipta namamu dan melukiskan rangka rupa parasmu. Aku amat senang menamakan kau Fatimah Az-Zahra’ atau Maryam Al-Butuul,atau Nasibah, atau Rabi’ah Adawiyyah, atau Zainab Al-Ghazali atau Hamidah Qutb dan seumpamanya.Nama-nama seperti ini cukup indah padaku seindah ‘rupa paras’nya yang menawan.

Biar kupetik secebis ‘rupa paras’ mereka untuk modelmu.

Nama Rabi’ah Adawiyyah sesungguhnya amat cucuk dengan ‘rupa paras’ berikut ini: ‘Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ah Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu,Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Wahai Gadisku..........

Rupa paras Rabi’ah Adawiyyah yang menarik ialah dua bibirnya yang cukup manis dengan hiasan warna kekuatan kalimah dan maksudnya.

Tentulah kau tahu, bahawa kekurangan nafsu itu mampu dipertahankan oleh seorang gadis sepertimu dengan sifat ‘malu’........ satu-satunya sifat yang ada untuk membelenggu nafsu dalam penjaranya. Malulah yang menjadi benteng pertama dan terakhir untuk menjaga maruahmu, maruah keluargamu dan maruah zuriatmu.Malu itulah yang menjadi kata hikmah para nabi dahulu seperti sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apabila kau tidak malu, buatlah apa yang kau mahu.” Dengan kata lain, apabila kau kehilangan sifat malumu, kau boleh melakukan apa saja yang kau mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.

Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh pakaianmu!

Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar bahasa!

Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu! Wal’iaazubillah!Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malumu. Kesian dia! Di dunia dihina,di akhirat merana.

Wahai Gadisku..................

Bukankah namamu Rabi’ah Adawiyyah yang berupa paras seperti kupaparkan itu? Kalau demikian, kaulah gadis pilihanku itu.

Cukuplah dulu, secarit rupa parasmu yang menawan hatiku ini.di sini, aku ingin benar menukilkan beberapa bentuk rupa parasmu yang perlu kau ukirkan,dan sedikit resepi yang penting untuk menjaga badan dan ‘diet’ jiwamu agar menjadi gadis yang paling cantik di duniaku:

Pertama: Jadilah permata bukan kaca, atau emas bukan loyang, atau sutera bukan benang.

Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah yang asli, bukan tiruan. Tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada perkara-perkara berikut:

a) Ikhlas hati kepada Allah
b) Bersikap benar dalam segala keadaan.
c) Tetap pendirian dalam perjuangan.
d) Menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w. atau hidup dalam lingkungan syara’.
e) Sentiasa redha dengan qada’ Allah.
f) Gigih berikhtiar sebelum bertawakal/berserah diri.
g) Meninggalkan jauh segala sifat-sifat nifak atau kepura-puraan.

Apabila bahan-bahan itu diadun baik, pastinya kau kelihatan sebagai sebutir permata di tengah-tengah pepasir, bukan kaca yang bakal cair mengalir. Biarlah pakaianmu ditenun dengan taqwa. Biarlah make-upmu dicampur dengan senyum mesra. Dan biarlah gerak langkahmu disulam dengan rendah diri sentiasa.

Kedua: Jadilah ubat bukan penyakit, atau mawar bukan racun. Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakannya pahit. Atau sekuntum mawar tidak mudah dipetik. Namun ia amat berguna. Ramuan ubat hendaklah disatukan daripada bahan-bahan berikut:

a) Sabar yang indah dalam menempuh tribulasi/mihnah/ujian. Tahan senafas!
b) Bersedia ditegur dan dikritik kerana orang yang berlapang dada itulah yang akan meningkat tinggi. Wau yang tinggi ialah wau yang sanggup menempuh angin bukan menurut angin!
c) Banyak memberi bukan menerima. Sudah tentu sebelum memberi perlu memiliki, sebab orang yang tidak punya sesuatu tidak mampu memberi sesuatu Berkhidmat dulu,hasil menyusul kemudian.
d) Sentiasa berfikiran besar dan mengatur persekitaran menjadi kelas pertama.
e) Bertindak mencari kejayaan dan mencipta peluang,bukan bersedia memberi alasan untuk sebuah kegagalan.
f) Membuang segala sifat orang-orang kecil sejauh mungkin, iaitu membuang masa, banyak menguruskan hal-hal kecil dan suka bertengkar dan berdebat.

Semua ramuan di atas berupa sabar, lapang dada,berkhidmat, berfikiran besar, bertindak dan membuang sifat orang-orang kecil merupakan ubat dan mawar kehidupan cemerlang.

Ketiga: Jadilah penyuluh bukan pembunuh.

Nama resepi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih, tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat, mudah menerima sinar dan tembus oleh sinar itu.

Antara bahan yang diperlukan ialah:

a) Ibadah syakhsiyyah.
b) Nasihat dan kata hikmat.
c) Budi pekerti dan adab sopan berharga.
d) Panduan sirah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
e) Petunjuk Allah yang utama iaitu Al-Quran yang
mulia.

Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga dinama yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup, sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya,maka inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup;Al-Quran, Al-Hadis, Akhlak, Nasihat dan Ibadah.Cubalah, kau akan jadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh maka yang lainnya tidak ada lagi selain pembunuh.

Keempat: Beberapa peringatan.

Senjata lidah ialah bahasa.

Jadilah orang yang pandai berbahasa, kau akan hidup
aman bahagia.

Jadilah orang yang berakal minda, kau akan meraih kejayaan dan banyak harta.

Lidah yang petah memerlukan perbendaharaan kata yang banyak, latihan yang berterusan dan berani membuktikan identiti mendalam dan pengalaman hidup sendiri.

Dengan ini aku kira cukuplah ‘diet’ atau penjagaan diri yang kau perlukan untuk menjadi gadis yang rupawan dan ratu pilihan hatiku. Berusahalah ke arah itu, sesungguhnya serbat yang kukumpulkan itu bisa menjadikan wajah hidupmu bersinar bagaikan bulan purnama, berkedip bagaikan bintang surayya. Indahnya kau menjadi sebutir permata di tengah-tengah serpihan batu yang bertaburan.

Wahai Gadisku..................

Buat akhirnya, jutaan kemaafan kupinta seandainya surat ini mengganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan juga kupinta seandainya terdapat di dalam suratku ini kesiapan yang tidak dapat kutemui. Besarlah harapanku daripadamu wahai gadis, agar kau bersedia menjadi seorang kekasih untuk kekasihnya, seorang sahabat dalam perjuangan dan seorang ibu kepada anak-anak yang baik.

Dan....ingatlah bahawa:

“laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik;dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mukmin.” (An-Nur: 3)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).....” (An-Nur: 26)

Sekian, buatmu wahai gadis...........................

p/s : ana share dri rakan facebook