mujahidah fisabilillah

mujahidah fisabilillah

Friday, December 31, 2010

Yang Menarik Kasih & Cintamu ?

Wajah yang cantik, kemas dan indah, mampu menawan hati seseorang.
Melalui kemerduan suara mampu menangkap minat dan cinta seseorang.
Budi bahasa dan pekerti baik, mampu meraih perhatian dan kasih seseorang.
Ringan tulang, banyak membantu serta sering ambil berat terhadap masalahorang lain, sering menjadi benih sehingga tanpa sedar ia mengikat jiwa merekayang dibantunya.
Walaupun belum benar-benar mengenali individu yang punyai sifat tadi. Jiwapasti akan tertarik sedikit demi sedikit. Jika benar cara pembawakannya, iamembawa kepada yang lebih baik, demikian juga sebaliknya.
Para ahli musik sama ada nasyid dan lagu dengan mudah punyai pengikut,peminat fanatiknya. Semuanya penangan suaranya, wajahnya dan mungkin semakinmendalam apabila mengenali budi pekerti dirinya.
Sami Yusuf
Mendengar nasyid zikir yang dipersembahkan oleh Sami Yusuf bertajuk "AsmaAllah" dalam album terbaru beliau ini boleh menyentuh banyak jiwa. Saya kiraramai yang boleh tertarik dengan persembahannya, suaranya, kandungan zikirnya.Ramai juga yang boleh jatuh kasih tanpa sengaja kepadanya hanya keranapersembahan ini.
Namun, Sami Yusuf dengan suaranya, beserta individu-individu yangdianugerahkan Allah swt untuk memiliki minda yang kreatif dalam karangannya,miliki wajah tampan, kacak, cantik, pemilik bahasa sastera indah dengan olahanbijak serta menusuk jiwa, individu bepekerti baik, penyantun, individu yangringan tulang membantu orang lain serta lain-lain kelebihan. Semua merekamenjadi sumber kasih seseorang.
Sesudah terpautnya hati, seseorang mampu berbuat pelbagai benda pelik demiuntuk yang dikasihinya. Sebagaimana insan bercinta sesama insan, yang malamtidak dirasa, perkara berat terasa ringan, beban dirasa nikmat dan sebagainya.
Menurut Ibn Hazm, cinta itu sulit dihuraikan. Namun ada beberapa tanda seseorang yang telah jatuh cinta iaitu ( Tuq al-Hamamah) :-
Pertama, kecanduan memandang orang yang dikasihi.
Kedua, segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk dekatnya dan mendekatinya.
Ketiga, gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.
Keempat,kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumnya enggan dilakukannya.Adapun perbuatan yang mencacatkan cinta menurut Ibn Hazm adalah merekayang berbuat maksiat antara lain adalah berzina dll.






Kitakah ?
Sedarkah kita bahawa semua itu hanyalah secebis zarah dari keindahan Allahswt, tuan punya dan pemilik kepada segala sesuatu.
Imam Abu Hamid Al-Ghazzali ketika mengulas bab cinta Allah dan Rasul didalam kitabnya 'Ihya Ulumiddin' menegaskan.. faktor-faktor biasa yangdisebutkan di atas menjadikan manusia jatuh hati, kasih dan cinta kepada manusia lain, hinggaadakalanya mencapai tahap fanatik.
Namun bagaimanakah kita terlupa bahawa Allah mempunyai segala sesuatu sebabmusababb untuk manusia jatuh kasih kepadanya, malangnya kita sering terhalangdek kelebihan manusia. Mari kita sama-sama teliti nama-nama Allah yangdinasyidkan oleh Sami Yusuf ini, sebahagian nama-nama ini mewakili sifat-sifatNya.
Jika cantik dan indah menjadi puncanya, maka Allah adalah yangterindah..keindahannya terzahir dari makhluknya.
Jika banyak membantu menjadi sebabnya, Ya Allah maha membantu...udara yangdisediakan, matahari yang memancar, alam yang penuh dengan rezeki serta nikmatnya. Ya Allah tidak terkira nikmatNya...
Tumbuh-tumbuhan dan air ..
Ya Allah kurnianMu,
Demikian juga Rasulullah SAW yang menjalankan tugasnya sebagai pesuruhAllah swt. Bertungkus lumus membantu kita agar terselamat di alam barzakh danakhirat kita. Tidak terhutang budikah kita dengan kesungguhannya.?
Allah dan s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w, paling layak menerima kasih dancinta kita. Namun kelemahan kita sering gagal memujuk hati ini untuk jatuhkasih kepadaNya, akibat dihalang oleh tembok besar dunia, tembok besikejahilan, tembok penipuan yang dipasang Syaitan.
Ya Allah Ya Tuhan, bantulah kami kasih kepadamu, dan segala amalan yangboleh membawa kami kasih kepadaMu dan peroleh kasihMu, dan hampir denganmanusia yang boleh membawa kami kasih kepadaMu.

Firman Allah s.w.t :-
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْوَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌاقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَاأَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ
وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْحَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Ertinya: Katakanlah:""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaumkeluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, danrumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihaddi jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkankeputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjukkepada orang-orang fasik" ( At-Tawbat : 24 )
Ya Allah "ultuf bina" ( be gentle with us)..o forgiver..forgive our sins...Ya Rasulullah, terimalah kami sebagai umatmu.

No comments:

Post a Comment